salam....
apa yg bakal ku paparkan kali ini bkn utk mengaibkan sesaper ttp sekdr ingn mnajamkn ingatan kita pd yg Maha Esa !
aku terlalu menyanyanginya... terlalu menyintainya...
sejak aku mengenali apa erti kasih, dia tdk prnah menyakiti ku, apatah lg membuat aku menakung air mata di kelopak retina. aku terlalu mengaguminya sebgmana dia seringkali bangga dgn setiap kecemerlangan yg pernh aku kecapi. sehingga aku buta utk menilai segala kekurangannya yg terlindung di sebalik kesempurnaan yg mmg x prnah hakiki. w/pn amalan agamanya agak rapuh, pndidikn akedamik x sbrapa, pemikiran agak kuno namun itulah insan yg telah ditakdirkan utk ku.
sehinggalah pd suatu ketika, aku alpa dn di situ lah bermulanya segala onar dlm hidup kami...
aku sedang cuba utk melelapkan mata tatkala kakinya menerjah kepala ku. aku tersentak, terkedu sehingga tiada sepatah pn jawapan yg terpacul keluar bg mnjawab sgl prtanyaan yg diajukan. dn oleh krn terlalu kecewa dgn musibah yg x diundang itu, selama bertahun2 aku hidup di dlm kebencian yg lahir drpd rasa kecewa yg amat sgt melingkari sanubarinya.
kini...
aku perlu menghakis rasa tersinggung yg mendalam dek layanan acuh x acuh nya kpd ku selama ini. ini kerana aku tau dia masih dn semmgnya tdk prnh gagal merindui ku. dia sentiasa mmerlukn aku. cuma bibirnya dikunci tahap ego yg tinggi. penyakitnya mmbuatkan dia mmerlukan teman di sisi. utk merawat...utk berbual...utk mengeluh.... tetapi knp masih aku yg gemar dimaki?? masih aku yg suka diherdik?? masih aku yg selalu dicela?? apakah pengorbanan ku menjaganya, mencuci najisnya, bersusah payah mengusungnya ke sana ke mari utk mndptkan rawatan tidak prnh dia hargai?? sebaliknya perdamaian yg aku hulurkan dibalas dgn pandangan ekor mata yg menjengkelkan setiap kali raut wajah kami bertembung. bibirnya x pernah lelah drpd mengukir senyuman sinis setiap kali aku berbicara. apakah dia masih terpukul dek musibah lalu yg aku ciptakan biarpun sejak detik itu aku telah bersungguh2 merubah ketentuan itu ke arah yg lebih baik? bkn ku pinta akan sanjungan. aku terlalu rindu utk memeluknya, terlalu sepi dr sentuhan dn belaiannya.... aku terlalu menyintainya krn tanpanya siapa lah aku !!
aku tau kesalahan ku terlalu besar namun dia jg perlu pasrah bahawa setiap yg bernyawa pasti xkn lari dr kesilapan. x ckup kah insaf ku selama ini?? aku telah berusaha mnjdi yg terbaik w/pn aku akui aku bukanlah yg terbaik utk nya.
kekadang aku terfikir apakah sempurna benar dirinya itu sehingga menolak drpd mensyukuri segala ujian yg dilemparkan oleh Yang Maha Kuasa? drpd apa yg prnh ku dgr, zaman mudanya jg brmsalah, tdk lah alim mana pn... seringkali ku ingatkan diriku sendiri, seandainya aku pernah khilaf suatu waktu dahulu, mgkin inilah balasan di dunia utk ku. aku bersalah pdnya dn krn itulah jg aku redha dgn hukuman yg dilemparkan. ttp smpai bila baru dirinya akan sedar bahawa aku telah berubah??
ayah....
andai suatu hari tiada siapa ingin mendodoikan tidur mu, andainya hanya aku yg tinggal utk menyuap makanan utk mu... usahlah kau menolak aku menjauh. izinkan aku melunaskan t/jwb aku dn kifarah yg telah ditetapkan. aku pernah mnjadi kebangganmu, kemudian menjadi duri dlm dagingmu. kini aku mencuba utk menjadi penawar luka mu.
kembali lah kepada ku, ayah....
aku terlalu merindui mu !!!
Saturday, October 11, 2008
ampunkan aku !
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment